Wednesday 24 July 2013

SEMARAK TADARUS

Dibulan Ramadhan ini perbanyakkanlah bertadarus Al-Quran bagi mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

KUIH RAYA

Inilah produk kuih raya keluaran IEAKHANAZ tahun 2013. Jika ingin membuat tempahan sila hubungi talian 012-3537121 Puan Zulaiha.

MINGGU ULANGKAJI UPPM 2

Bermula 22 Julai 2013 hingga 27 Julai 2013 adalah minggu ulangkaji bagi menghadapi  UPPM 2 yang akan diadakan pada 29 Julai 2013 hingga 31 Julai 2013 dan  1 dan 2 Ogos 2013. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan UPPM 2 adalah pelajar Darjah 1,2,3,4,dan 5. Diucapkan Selamat Mengulangkaji untuk pelajar-pelajar semua semoga pelajar-pelajar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPPM 2. GOOD LUCK N STUDY SMART.

GERAK GEMPUR PEPERIKSAAN LISAN SDEA 2013

Gerak Gempur Peperiksaan Lisan SDEA 2013 telah diadakan bermula dari 22 Julai 2013 hingga 27 Julai 2013. Tujuan Gerak Gempur ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan Peperiksaan Lisan SDEA membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan tersebut yang akan bermula pada 29 hingga 31 Julai 2013 dan 1 hingga 2 Ogos 2013.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Majlis Khatam Al-Quran akan diadakan pada hari Sabtu 27 Julai 2013 jam 3.00 hingga 5.30 petang. Kepada semua pelajar-pelajar tahap 1 dan 2 serta guru-guru sekolah dijemput hadir bagi menjayakan program ini.